Khamis, 25 Jun 2009

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN MENGULANGKAJI PELAJARAN

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN & MENGULANGKAJI PELAJARAN

Dedikasi Buat Siswa Siswi

Medan pertempuran anda yang pertama adalah diri anda sendiri. Sekiranya anda dapat menguasainya, anda dapat mengatasi cabaran dan halangan yang lain. Tetapi sebaliknya sekiranya anda lemah dan tidak mampu untuk menguasainya, bermakna anda juga tidak akan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang lain”.

بِسْمِ الله ِالرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

{وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ}

“Dan Tuhanmu telah berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, pasti Aku akan perkenankan kepada kamu”

Strategi Seorang Pelajar Muslim Di hari Peperiksaan

Para pelajar hendaklah:

01. Bertawajjuh (mengadap) kepada Allah dengan niat yang ikhlas bahawa peperiksaan yang dihadapinya demi untuk memberikan khidmat kepada ummah dan negara.

02. Mulakan hari peperiksaan dengan sembahyang Subuh secara berjamaah, wirid zikir, atau ma’thurat kemudian bacalah apa yang mudah dari al-Quran. Sebaik-baiknya surah Yaasin.

03. Ulangkaji subjek peperiksaan itu secara ekspres kemudian solat sunat dua rakaat mohon Allah perkenankan hajat dan permudahkan disaat peperiksaan. Diriwayatkan dari nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai hajat daripada Allah atau hajat sesama anak Adam (manusia), hendaklah berwudhuk dengan sebaik-baiknya, kemudia sembahyanglah dua rakaat, pujilah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW dan ucaplah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ . سُبْحَانَ رَبِّ اْلعَرْشِ الْعَظِيْمِ . اَلْحَمْدُ ِلله ِرَبِّ اْلعَالَمِيْنَ . أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْعِصْمَةَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ . لاَ تَدَعْ لِى ذَنْباً إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِىَ لَكَ رِضَا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الْرَّاْحِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Lembut Lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku mohon limpah rahmatMu dan keluasan keampunanMu dan pelepasan dari segala dosa. Juga aku mohon limpahan dari segala kebajikan dan keselamatan dari segala dosa. Jangan Engkau biarkan bagiku walau satu dosa kecuali engkau ampunkannya, begiti juga kepayahan kecuali Engkau rungkaikannya dan tidak juga satu hajat kecuali Engkau tunaikannya. Wahai Yang Maha Pengasih dari yang mengasihani”

Kemudian mintalah hajat apa sahaja dunia dan akhirat kerana ianya telah ditentukan.

(Hadith riwayat Tirmizi, Nasaie, dan Ibn Majah)

04. Minta ibubapa dan orang-orang soleh berdoa untuk anda.

05. Hendaklah membaca ketika keluar dari rumah / asrama :

بِسْمِ الله ِتَوَكَّلْتُ عَلَى الله ِوَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّةَ إِلاَّ بِالله

“Dengan nama Allah, aku berserah kepada Allah dan tiada kuasa dan kekuatan kecuali segalanya milik Allah”

06. Hendaklah sentiasa beristighfar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat peperiksaan.

07. Ketika memasuki dewan peperiksaan bacalah :

رَبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْنِى مِنْ لَّدُنْكَ سُلْطَاناً نَّصِيْرًا

“Ya Tuhanku! Masukkan aku kedalam tempoat yang benar dan keluarkan aku ketempat yang benar. Dan jadikan aku disisiMu ada kekuasaan yang dapat menolong”

08. Ketika memegang kertas soalan bacalah :

رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى يَفْقَهُوْا قَوْلِى

“Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan rungkaikanlah simpula lidahku supaya orang faham kata-kataku”

بِسْمِ الله

“Dengan nama Allah”

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

“Ya Tuhan Yang Maha Hidup Lagi Maha Gagah Perkasa! Dengan rahmatMu aku merintih dan merayu pertolongan”

09. Mulakan menjawab dengan penuh thiqah (kepercayaan) kepada Allah, jangan tergopoh-gapah menjawab soalan dan apabila menghadapi soalan yang susah bacalah:

اَللَّهُمَّ سَهْلاَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ سَهْلا ًإِذَا شِئْتَ سَهْلاً

”Ya Allah Ya Tuhanku! Tiada kemudahan kecuali Engkau jadikannya mudah dan Engkau jadikan kesukaran itu menjadi mudah jika Engkau mahukannya mudah”

Setelah selesai menjawab, semak semula jawapan dan pastikan semua soalan dijawab.

10. Tutup kertas jawapan dan bacalah:

اَلْحَمْدُ ِلله ِالَّذِى هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَاْنَا اللهُ

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami dan tiadalah kami mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi petunjuk”

Motivasi Peperiksaan

01. Jadikan target utama anda ialah keputusan cemerlang dan terbaik. Inilah muslim yang sebenar yang sentiasa mencari yang terbaik. Jangan hanya memadai dengan sekadar untuk lulus.

02. Bahagikan masa ketika menjawab soalan-soalan dan mulakan dengan menjawab soalan yang lebih mudah supaya anda tidak menghadapi ketidakcukupan masa.

03. Setelah keluar dari dewan peperiksaan, jangan sibukkan diri anda menyemak jawapan kerana ini akan mengganggu kosentrasi anda untuk menghadapi kertas peperiksaan seterusnya.

04. Ucaplah اَلْحَمْدُ ِللَّهِ di atas apa yang telah anda jawab di kertas jawapan. Teruskan target seterusnya dengan membuat persediaan bagi menghadapi baki peperiksaan selanjutnya.

Doa Setelah Selesai Mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا حَفَظْتُ . فَرُدُّهُ إِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِى إِلَيْهِ . إِنَّكَ عَلَى مَا يَشَاءُ قًدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku serahkan kepadaMu apa yang tlah aku baca dan hafal. Maka kembalikanlah kepadaku disaat aku perlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa diatas apa yang Engkau kehendaki”

Bagaimana Ingin Memastikan Kaedah Terbaik Untuk Mengulangkaji ?

01. Mengetahui tempat yang sesuai untuk mengulangkaji secara bersendirian. Udara nyaman dan tempat yang mempunyai cahaya yang sesuai adalah tempat yang paling baik untuk mengulangkaji.

02. mulakan aktiviti ulangkaji anda dengan membaca al-Quran walaupun dengan membaca hanya sepuluh ayat.

03. Sentiasa memperbaharui niat kerana Allah.

04. Kemudian bacalah doa mengulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ اْلمُرْسَلِيْنَ وَإِلْهَامَ اْلَملاَئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ . وَأَنْتَ تَجْعَلُ لِسَانِى عَامِرًا بِذِكْرِكَ . وَقَلْبِى بِخَشْيَتِكَ . وَسَرِّى بِطَاعَتِكَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohonh kepadaMu kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul dan ilham para Malaikat. Dan jadikanlah lidahku senantiasa basah dengan zikir kepadaMu, hatiku gerun dengan kebesaranMu dan kegembiraanku senantiasa dipenuhi dengan ketaatan kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas segala-galanya”

05. Kemudian bacalah secara sepintas lalu/ringkas untuk mengetahui isi-isi penting dan digariskan. Kemudian dibaca lebih dari sekali.

06. Bagi subjek yang memerlukan ulangkaji yang lama dam mendalam, hendaklah dipecah-pecahkan tajuk pelajaran kepada bab dan unit (kalau boleh dibuat nota secara mind-mapping) supaya setiap bab dan unit dapat difahami dengan jelas.

07. Seterusnya dihafal berulangkali sehingga tersemat dihati. Kemampuan anda menghafal subjek yang dipelajari akan banyak membantu anda.

08. Diakhir program ulangkaji harian anda, ulang kembali apa yang telah dibaca dan dihafal. Pastikan anda telah mengulangkaji pelajaran anda dengan sebaiknya.

09. Akhiri ulangkaji anda dengan membaca:

اَللَّهُُم َّإِنِّى أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلَّمْتَنِيْهِ . وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَذْكُرَنِى بِهِ عِنْدَ حَاجَتِى إِلَيْهِ . فَأَنْتَ حَسْبِى وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku serahkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan aku dan aku mohon kepada supaya memperingatinya kembali kepadaku disaat kuperlukannya. Hanya Engkaulah tempatku berharap dan tempatku menyerahkan urusanku”

Bagaimana Mengatasi Masalah Lupa

01. Jangan mengulangkaji dalam keadaan anda keletihan. Keletihan akan menyebabkan anda tidak dapat mengingati fakta dan maklumat.

02. Sesetengah pelajar mengulangkaji banyak subjek dengan tidak bersistem dan menjadi proses menghafal tanpa mempunyai masa rehat, menjadikan apa yang dihafal bercelaru.

03. Mengulang subjek yang dihafal dan proses ulangkaji dibuat diwaktu yang berselang akan membantu mengingati maklumat subjek.

04. Keadaan diri anda yang ‘tidak tenang’ ketika mengulangkaji boleh membawa kepada faktor lupa. Pastikan anda dapat meloloskan diri dari masalah terlebih dahulu sehingga anda tenang untuk mengulangkaji.

05. Kenalpasti dan beri perhatian kepada faktor-faktor asasi yang menyebabkan berlakunya sindrom mudah lupa.

06. Cuai dan tidak merencana program ulangkaji yang baik adalah dua faktor yang membawa kepada lupa dan lemah ingatan.

Teruskan Perjuangan Dan Kecemerlangan. Allah Bersama Dengan Anda

Selamat Menempuh Peperiksaan Dan Selamat Maju Jaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan